Mengenai Kami

MyANGAKASA Bina Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2013 – dengan semangat untuk merealisasikan fantasi anda sama ada dalam bangunan kediaman, komersial dan perindustrian atau infrastruktur dan kemudahan yang berkualiti tinggi dengan ciri-ciri mesra alam dan patuh Syariah yang diinspirasikan oleh keperluan masyarakat.

Kami merupakan syarikat terkemuka Malaysia yang beroperasi dalam bidang hartanah, pembinaan dan peruncitan.Portfolio operasi kami merangkumi pembangunan, kejuruteraan, penyelenggaraan, perundingan, pembekalan,perdagangan, jualan dan perkhidmatan pemasaran.

VISI

Kami fokus kepada matlamat yang jelas – untuk menjadi pilihan utama rakyat dan memastikan warga kerja kami berbangga dengan produk kami.

MISI

Kami dibina atas tujuan;

  • untuk menghasilkan produk yang lebih hijau dan sihat untuk anda dan masa depan anda
  • untuk mewujudkan komuniti dan kehidupan yang mesra yang menyatukan orang ramai
  • untuk mewujudkan hari esok yang lebih baik untuk pengguna dan perniagaan dengan memelihara alam sekitar, melindungi masyarakat dan meningkatkan tadbir urus.

NILAI

Kami telah membina asas kukuh dalam bidang hartanah, pembinaan dan peruncitan yang menjadi teras produk kami,diartikulasikan oleh warga kerja kami dan saling diperkukuhkan oleh budaya kami – ia adalah asas segala yang kami lakukan; untuk membuka peluang kepada berjuta-juta orang bagi mengubah kehidupan mereka.