Profil
MyANGKASA BINA SDN BHD

PENGENALAN
MyANGKASA Bina Sdn Bhd (BINA) adalah sebuah firma pembangunan hartanah, pembinaan dan peruncitan yang berorientasikan kualiti, hijau dan patuh syariah.
BINA telah ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai sebuah firma milikan penuh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melalui MyANGKASA Holdings Sdn Bhd (MHSB).
Kredibiliti BINA di dalam sektor hartanah dan pembinaan negara terserlah melalui penganugerahan Lesen Pemaju oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan pengiktirafan Kontraktor Kelas G7 oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB).
Sebagai salah satu dari lima firma teratas yang memimpin perniagaan di peringkat nasional secara tribrid iaitu pembangunan hartanah, pembinaan dan peruncitan maka BINA bertanggungjawab menzahirkan produk-produk perniagaan yang mempunyai nilai dan makna yang berunsur mapan, bersifat kemanusiaan dan beretika ikhlas untuk kepentingan dan faedah ahli-ahli di dalam gerakan koperasi, pelanggan-pelanggan, komuniti setempat, pemegang saham dan pemegang taruh.